Tuesday, October 25, 2016

Ini cerita fig saya...

Saya sudah mula menanam pokok tin sejak tahun 2004. Masa tu saya dapat anak pokok tin dari kawan saya Dr Abdul Wahab Arbain yang membiakkan anak pokok tin dari biji benih. Pokok tin dari biji benih boleh hidup subur di Malaysia,  pokok berbuah tapi tak lekat..lama lama pokok terbiar dan sayangnya pokok itu mati semasa kami pindah rumah

 
Minat menanam fig/tin kembali membara bila kami menjumpai FB page Fig Malaysia milik Dato Syed Elias yang menanam fig di Bukit Antarabangsa. Pertama kali kami berjumpa DSE di Bukit Antarabangsa pada bulan Ogos 2013..dari situ bermulalah perjalanan kami di dunia fig/tin.
 
Blog ini akan menjadi wadah bagi saya mencoretkan pengalaman dan perjalanan yang saya lalui dalam melayari minat menanam pokok tin..Insya Allah..semuga ada manfaatnya

 
 

No comments:

Post a Comment