Tuesday, October 31, 2017

Pokok Tin dan FlOGAS..3

31 October 2017


Malam ini juga saya ada sembur FLOGAS kepada beberapa lagi pokok tin saya yang agak lama terhenti membesar dok sebab tak berjaga..


Disini saya letak dulu gambar gambar pokok yang disembur sebagai gambar sebelum FLOGAS


Seminggu lagi kita tengok ada kesan tak...


Consellera Negra - 31 October 2017
Den Amoros - 31 October 2017

Ottawa - 31 October 2017

GINO - 31 October 2017

Pokok Tin dan FLOGAS - continue..

Hari ini 31 October 2017, kesan FLOGAS pada pokok tin nampak semakin positive,,daun pokok pokok tin saya sudah mula tumbuh dengan banyak..cuba tengok dalam gambar dibawah..rumput-rumput dalam pasu saja saya biarkan ..mungkin next week saya akan cabut rumput dan tengok camna pulak keadaan pokok tin Dela Gloria Estelrich dan Lardaro


Dela Gloria Estelrich selepas sebulan disembur degan FLOGAS

Lardaro sudah keluar 3 daun baru selepas sebulan disembur dengan FLOGAS

Kajian Kesan Penggunaan Flogas ke atas pokok Tin

Biasa terjadi pokok tin akan dorman atau berhenti tumbuh bila keadaan tanah menjadi berasid atau pun tiada pembajaan diberikan pada pokok tin.


Saya telah mencuba satu Baja yang dikeluarkan oleh Bokashi Farmer (olahan bahan organic) dan saya akan kongsikan kesannya pada pokok tin


Untuk ujikaji ini, saya telah memilih dua pokok tin yang ditanam dalam pasu dan dalam keadaan terbiar, tidak dibaja dan pasu dipenuhi rumput. Pada mulanya, pokok tin yg dipilih semua dah takde daun. Kesan selepas dua minggu semburan FLOGAS Nampak positif seperti gambar -gambar dibawah (gambar diambil pada 17 October 2017)


Pokok Tin jenama dari Rusia mula keluar tunas baru selepas dua minggu disembur dengan FLOGAS

Pokok Tin Jenama DeLa Gloria Estelrich selepas dua minggu disembur dengan FLOGAS




Tuesday, October 25, 2016

Ini cerita fig saya...

Saya sudah mula menanam pokok tin sejak tahun 2004. Masa tu saya dapat anak pokok tin dari kawan saya Dr Abdul Wahab Arbain yang membiakkan anak pokok tin dari biji benih. Pokok tin dari biji benih boleh hidup subur di Malaysia,  pokok berbuah tapi tak lekat..lama lama pokok terbiar dan sayangnya pokok itu mati semasa kami pindah rumah

 
Minat menanam fig/tin kembali membara bila kami menjumpai FB page Fig Malaysia milik Dato Syed Elias yang menanam fig di Bukit Antarabangsa. Pertama kali kami berjumpa DSE di Bukit Antarabangsa pada bulan Ogos 2013..dari situ bermulalah perjalanan kami di dunia fig/tin.
 
Blog ini akan menjadi wadah bagi saya mencoretkan pengalaman dan perjalanan yang saya lalui dalam melayari minat menanam pokok tin..Insya Allah..semuga ada manfaatnya

 
 

Apa itu buah tin? Apa itu fig?


Apa itu buah tin?

Buah tin/fig dipercayai berasal dari Asia Barat, antara tanaman buahan yang paling lama ditanam untuk makanan. Tanaman asal kawasan Mediteranean kini sudah banyak ditanam diserata dunia sebagai hobi atau tanaman komersil.










 Kini tanaman tin sudah tersebar ke negara seperti berikut:-

       -  Dari Afrika Utara ke Asia Barat (Morocco – Iraq)

-         Eropah Selatan (Italy, Spain, Portugal, Peranchis)

-         America Utara

-         America Selatan – Brazil

-         Afrika Selatan

-         Australia New Zealand

-         Jepun, Korea, Taiwan, China, India

-         Malaysia, Indonesia, Thailand

Pokok tin mudah sesuai kepada keadaan setempat. Tumbuh subur dan berhasil di Malaysia